
Kuala Lumpur, 17 April 2025 – Hydroshoppe Sdn. Bhd., syarikat pengurusan Menara Kuala Lumpur (MKL), telah melantik peguam yang dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Malaysia, untuk mewakili mereka dalam pertikaian undang-undang berkenaan dengan pengambilalihan konsesi interim Menara KL.
Langkah ini dilakukan selepas Kerajaan Malaysia mengambil alih konsesi tersebut daripada Hydroshoppe dan menyerahkannya kepada LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Pada 27 Mac 2025, Hydroshoppe Sdn. Bhd. memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Kementerian Komunikasi, LSHSM, dan beberapa pihak lain berkenaan dengan pengambilalihan konsesi ini. Syarikat tersebut memohon injunksi sementara untuk menghalang pengambilalihan itu, dengan pendengaran dijadualkan pada 9 Jun 2025.
Bagaimanapun pada 9 April mahkamah menolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas pemegang konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) untuk menghalang penganugerahan konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) iaitu LSH Service Master Sdn Bhd (LSH).
Hakim Roz Mawar Rozain dalam penghakimannya berkata, keseimbangan kemudahan tidak memihak kepada pemberian injunksi yang dimohon oleh plaintif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd (Hydroshoppe).
Bagaimanapun, Roz Mawar menegaskan kedua-dua syarikat itu boleh terus mendapatkan remedi daripada perbicaraan untuk tuntutan mereka yang akan didengar dan diputuskan mahkamah.
“Apa yang (Hydroshoppe dan MKLSB) ada ialah perjanjian konsesi kelima yang bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Mac 2025, serta minit (mesyuarat yang menyatakan) bahawa kerajaan boleh melanjutkan kontrak.
“Namun, perkara-perkara ini tidak memihak kepada plaintif. Tambahan pula, terdapat satu permintaan cadangan (request for proposal) untuk mengambil alih konsesi tersebut pada Mac 2024,” katanya
Pada 16 April 2025, pengambilalihan Menara KL dilakukan secara paksa oleh Kementerian Komunikasi bersama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), PDRM, dan DBKL, walaupun kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah. Tindakan ini telah mengundang kritikan terhadap penyalahgunaan kuasa dan ketidakpatuhan terhadap proses perundangan.
Menara KL ditutup sementara bermula hari in bagi kerja-kerja penyelenggaran bangunan.